Advertisement

Wednesday, December 1, 2010

Sup Daging Rebus KSM

Assalammualaikum..salam sejahtera..

Aduihh!! Kalau sakit tekak ni memanglah tak berapa best! Kalau boleh diberus tekak ni..memang lama dah saya buat. Tapi apakan daya. Baiklah kawan-kawan..saya tak tahu nak masak apa melainkan sup..tekak saya ni cuma boleh makan sup je. Rempah yang saya suka guna ialah jenama K. Syed Mohamed (KSM). Rempahnya berbeza sedikit dengan rempah sup yang lain. Dalam bunjut ni ada ketumbar, lada hitam, jintan putih dan manis, bunga lawang, lada putih, kayu manis, cabai, buah pelaga hindi, bunga cengkih, bawang putih yg dikeringkan dan sejenis rempah yang mcm rambut2 (apa ye?) Seperti biasa, saya buat sup ni dengan kaedah merebus. 


Bahan-bahan
1 paket rempah sup KSM- kalau tak nak pedas..buang sikit lada hitamnya
300g daging batang pinang
1/2 labu bawang holland-dihiris
4 ulas bawang putih-dihiris
2 batang seleri- dihiris
1/2 batang lobak- dipotong bulat
1/2 ikat daun sup
4 cawan air
garam dan gula secukup rasa


Cara-caranya
Rebus daging dengan 4 cawan air dalam 15 minit. 
Masukkan bawang holland, putih, batang seleri dan lobak. Biarkan hingga mendidih. 
Kemudian masukkan rempah sup KSM. Biarkan mendidih.
Masukkan daun sup dan perasakan dengan gula dan garam.


Sumber: Faradean's Cooking Recipes

5 comments:

  1. fuhhh...sodap nyerrr yg last tuh..lapoo sup laaa

    ReplyDelete
  2. izah> meh la menghirup sambil memblog..

    ReplyDelete
  3. yang nama nyer sup nie apa jaer semua sedapkan..nak nak makan dengan sambal kicap..walaaa..orah delok..delok...nghirupnyer...kan kan...maceh ingat selalu kat akak...

    ReplyDelete
  4. kak Asma> yeaa betul kak! mmg makan tak hengat dah..hihi

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails