Sawi Bawang Putih

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Macamana hari ni? Ada yang lupa ke hari ni hari bekerja? Hihi. Ok..saya nak kongsikan menu sayur kegemaran iaitu sawi dan bawang putih je. Senang sangat..dan berkhasiat. Saya guna bawang putih agak banyak dalam 10 ulas. Bila makan memang semerbak bau bawang putih ni. Apa khasiat bawang putih ye? Antaranya ialah 
  • mengurangkan kolesterol yang tidak baik (can get rid of fats yang bermesyuarat kat badan tu), 
  • mengurangkan kemungkinan adanya darah beku dalam badan..(kita pun tak tahu kita ada darah beku..tau-tau kena stroke..Nauzubillah..) akibat pencemaran, tekanan dan tabiat manusia moden (merokok dll)
  • melindungi dari kanser
  • membantu penghadaman

Kalau kawan-kawan perasan, Chinese Food menggunakan banyakkkkk bawang putih dalam masakan mereka. Antara sebabnya ialah untuk bawang putih boleh membunuh bakteria tidak baik dalam perut dan usus. Kalau sakit sendi pun bagus juga iaitu dengan meminum air bawang putih. Rasanya..erkk!

Gambar ini diambil dari http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Bawang_Putih.jpg

Baiklah resepinya senang je ..

Bahan-bahan
1 ikat sayur sawi - direndam dengan garam, cuci dan potong2
10 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar sos tiram
sedikit minyak sayur

Cara-caranya

Panaskan minyak. Bila dah panas, masukkan bawang putih dan sawi ke dalam kuali. Goreng dengan pantas. Masukkan pula sos tiram. gaul dengan pantas dan angkat. Pastikan masa yang diambil untuk menggoreng sayur kurang dari 2 minit. 

Sumber: http://www.intro2u.net/new/2009/08/khasiat-bawang-putih-garlic/
            : http://commons.wikimedia.org/wiki/File:Bawang_Putih.jpg

Comments

Post a Comment

Popular Posts