Apam Pelangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Buat apa hari ni? Pi jalan mana-mana ke? Hari ni saya nak kongsikan apam pelangi yang saya cuba untuk dibawa  semasa gotong rotong kemas makmal Jumaat har i itu..Heheh..tapi tak gebu mana sebab saya bahagikan kepada 2 adunan. Satu lagi macam tak sekata je naiknya..saya rasa sebab saya buat beberapa strokes yang dicucuk sampai ke bawah. Patutnya kalau nak buat stroke kat permukaan je..hahahhah..tapi rasanya Alhamdulillah...gebu bila digigit..terima kasih kepada tuan punya blog yang sudi berkongsi resepi. 


Satu lagi saya nak peringat..bila kita copy and paste pastikan kita kreditkan sedikit penghargaan dan letak link tuan punya resepi. Kalau saya ditempat mereka saya pun marah! Ermm apa kata kita buat blog kita macam blog Kak Rima..bila nak copy resepi je dia warning 'Oopssy! Sorry Guys! Private Property...'. Kena belajar macamana nak setting ni..Saya harap orang yang suka curi hak cipta orang ni janganlah buat lagi ye..


Oklah resepi Apam pelangi ni saya rujuk dari blogger2 tegar antaranya Kak Ilah, Cik Manggis Kak Hana, Ika, Hazila dan Kak Ayu. Resepi asal dari cikpuan mieza@myresipi.com

Bahan-bahan
4 biji telur
2 sudu teh ovellet
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
pewarna- saya guna merah dan hijau je..


Cara-caranya:


Pukul telur dgn gula dan ovelet sampai gebu

Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati
Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacu rata
Bahagi kepada 3 warna yg kita suka tuangkan selapis selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak..

Sumber: cikpuan mieza@myresipi.com Kak Ilah, Cik Manggis Kak Hana, Ika, Hazila dan Kak Ayu. Resepi 

Comments

  1. cantikkkk.... ok la tu..saya buat 1st time tak jadi tau..bantat..hikhik..2nd time baru okk

    ReplyDelete
  2. I made this for my son's school party last week. It turned out really fluffy except no rainbow la. hehehe ;)

    I pakai isi je the coloured batter into the tray and steamed it. Then cut them into pieces, masuk tupperware. Kiki, janji kalerpul kan :D

    Urs looking beautiful...;)

    ReplyDelete
  3. Wow, cantik nyaaa.... bila lah nak buat ni...

    ReplyDelete
  4. izahdaut> oo..ye ke? tu la terover stroke punya pasal..klau bantat..lagi cedeyy..huhu. maknanya kena bnyk kali buat br ok ye?

    Love> a'ahh..sbb nak pelangi punya pasal tu yg boh colour .. i think ur son must be proud with apam that u have made. klau mak I bekalkan mcm tu i pun bgga tau!

    Homekreation> hihi..tapi senget benget sikit atas dia..lain kali nak buat lagi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts