Advertisement

Saturday, December 25, 2010

Blackcurrant, Almond and Chocolate Heaven Muffins

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua..

Hari ni saya nak kongsikan resepi muffin yang sesuai dimakan bila-bila masa. Kalau omputeh buat muffin ni untuk sarapan kan? Saya? (Ada aku kesah?) Tak kisah makan bila-bila masa pun. Resepi asalnya lain. Tapi saya ubahsuai mengikut keperluan tekak saya..haha. Sebenarnya, saya ada masalah lambakan kordial seperti mana yang saya pernah cerita dientri yang lepas. Oleh itu, saya pun mendapat satu idea untuk mencampurkan pes ni ke dalam muffin saya. Kebetulan, dried blackcurrant masih ada. Dari dia dok beku dalam tu kan?


Rasa muffin ni sedap sebab ada rasa masam-masam blackcurrant dan kemanisan coklat-coklat yang saya bubuh dalam ni. Dan benda wajib yang mesti ada dalam muffin saya ialah almond. Tak kisahlah strips ke..nibs..ke..ground ke...tapi tu mesti ada..hihi. 

 
Saya gandakan adunan ni..tapi yang saya taip tu adunan asal yang  cukup untuk 12 biji muffin je. Saya buat dapatlah dalam 3 dozen. Dapat jugalah saya bagi-bagi sikit kat mak dan adik ipar. Saya harap Linda Collister tak marah saya sebab saya dehaka dengan resepi asal...minta ampun Cik Linda..


Bahan-bahan
250 g tepung gandum, diayak
1 tbs baking powde, diayak
85 g gula kastor
1 biji telur
1 tsp esen vanilla *
1/2 cawan jus / pes blackcurrant *
280 ml susu segar
4 tbs vegetable oil
50g dried blackcurrant *
50 g almond strips *
50 g chocolate chip *
50 g chocolate rice *

12 biji bekas /mangkuk kertas muffin


Cara-caranya
Campurkan tepung, baking powder, gula, jus atau pes blackcurrant dengan almond strips
Pukul telur dengan esen vanilla , susu dan vegetable oil. Campurkan dengan campuran tepung dan kacau hingga sebati. Campurkan dried blackcurrant dan kacau dengan kelajuan 5kmj..hehe. Masa mengacau tu..using as few strokes as possible..(mungkin untuk memerekahkan atas muffin bila sudah dibakar). Biarkan seketika. Jangan terlebih pukul dan terlebih bahan sebab boleh membuatkan muffin keras dan kering.
Sudukan 3/4 bahan campuran kedalam mangkuk kertas muffin saiz kecil yang diletakkan didalam loyang untuk muffin.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan150`C selama 20-25 minit. (Ikut oven masing-masing)

Sedap dimakan panas-panas.

Sumber : Muffins and other Morning Bakes oleh Linda Collister dan bahan bertanda * ditambah / diubahsuai oleh Faradean.


8 comments:

  1. Wahhhhh..mcm mcm muffins ada! Nak choose kesemuanya lah...kekeke

    Psst...I'm not mixed kak. Tamilian...hubby pun. Thanks for ur compliments abt my kids ya...

    ReplyDelete
  2. wa wah wah. cantik merekah muffin itu.. i likeee

    ReplyDelete
  3. cantik muffins... bila bulih rasa? heheh

    ReplyDelete
  4. Hi Fara Deen, love these cakes. You sure one real good cake maker....
    I think 5 pieces will do me fine with iced coffee, ha ha.
    Wishing you the very best of Seasons greetings, keep a song in your heart, Lee.

    ReplyDelete
  5. fara

    sama la cam akak..tak kisah nyah makan muffin time bila, esp if sedap macam fara wat tu :)

    ReplyDelete
  6. Salam Fara,

    ingat nak buat utk anak2 lah..makan masa panas2..best kan..

    ReplyDelete
  7. ♥LOVE2COOK♥> nak ke? jempulah mkn..i buat bnyk tau..ahah..
    oo IC..tp muka ank2 mcm mix la..cute betoii!

    izahdaut> yg x merekah awal2 lg masuk mulut den..haha

    nizaineese> hihi..nnt klau sy buat lg sy call akk turun mkmal ye..haha

    ReplyDelete
  8. Uncle Lee > Hi Uncle! How's your xmas? Nah, I give you 10..hihi
    I wish you the very best of seasons too and happy new year uncle..

    Yat Maria > hihi..buat supper pun bole kak ye..haha..,projek mnghabiskan kordial la ni..

    Yan > a'a kak..bdk2 suka kan? klau buat bekal p skolah pun bagus tu..kenyang!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails