Advertisement

Thursday, December 2, 2010

Nasi Goreng Serunding daging

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera..

Nak makan apa ye pagi ni? Ooo ada nasi lebih sudah..Apalagi kita goreng je la..Tapi tak de lauknya. Ooo ada serunding daging..teringat kata-kata Michael Smith 'My secret recipe is cooking without a recipe!'. Hihi..saya suka betul dengan Chef Micheal Smith ni..tiap-tiap hari saya akan tonton program dia. Erm..nampaknya beliau ni seorang suami dan bapa yang baik. Hari-hari masak untuk isteri dan anaknya. Kadang-kadang tu cerita pasal masakan ibunya yang dia paling suka ialah Roast Chicken maknya buat masa kecil2 dulu..Waaa.....Wink! Wink! Wink!

Baiklah...senang banget sih saya punya resepi ni..iaitu Nasi Goreng Serunding Daging. Kalau balik kampung saya mesti beli serunding daging. Ia semacam penyelamat kalau-kalau tak de lauk atau malas nak masak payah2. Hihi..Boleh dimakan dengan nasi, roti dan bubur. saya suka jenama Hasnah Bt Mohd, Palekbang, Tumpat, Kelantan. Sebab ira daging tu panjang-panjang dan rasanya sedap!

Bahan-bahan
4 cawan nasi (ikutlah banyak mana yang terlebih sudah)
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
7-10 biji cili padi*
1 biji cili merah*
2 cawan serunding daging
garam secukupnya - saya guna garam kasar yang ditumbuk dahulu
Minyak untuk menumis

Cara-caranya
Tumbuk bahan-bahan bertanda * hingga lumat. Panaskan minyak.
Masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk ke dalam kuali. Kacau hingga sebati dan berbau harum. Kemudian, masukkan serunding daging. Gaul hingga sebati. Masukkan pula nasi yang sudah diberai-beraikan dan gaulkan dengan bahan tumisan tu hingga sekata. Perasakan dengan garam. Saya goreng hingga ada sedikit kerak..sebab lagi sedap dimakan panas-panas. Hidangkan.

Sumber: Faradean's Cooking Recipe

6 comments:

  1. bila nak ajak datang rumah.. nak makan yang ini...heheh

    ReplyDelete
  2. salam fara,
    wah pernah namapk nasi goreng serunding, tapi belum pernah cuba makan..kalau nasi rawon & nasi jeranan tu adalah..mesti sedap ni kan fara..

    ReplyDelete
  3. Wah, sedap ni & good idea. Serunding ari tu tak abis2, boleh ler along cuba wat ni. Maceh...!

    ReplyDelete
  4. salam fara best ni nasi goreng serunding boleh akak tuko menu

    ReplyDelete
  5. Love> MMg sedap tapi you boleh tukar dgn serunding ayam

    Nizaineese> ala kak..nnt sy nak blaja buat frosting dgn akk ye..

    Ayu> Mmg sedap kak..rsa rempah ratus pun ada..hihi..nasi jeranan tu rsanya mcm pernah mkn juga..mcm ulam ye?

    HomeKreation> MMg berbaloi klau try..hihi..sedap

    Chik Mimi> nasi goreng ni mmg boleh dipelbagai ..ikut apa yg ada kat dapur..ahakss

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails