Advertisement

Saturday, July 31, 2010

Kelas Masakan Bersama Ah Meng

Salam,

Baharu saja pulang dari LADAP. Aduhh!! Penatnya..tapi tak pe lah..It's ok..it's alright. Saya nak cerita sikit tentang kelas masakan yang saya hadiri hari Jumaat yang lalu bersama-sama 2 orang lagi rakan saya di My Choice, Seksyen 7, Shah Alam. Kelas ni diadakan selama 3 jam. Sebenarnya ia lebih kepada demonstrasi masakan. dan petua memasak. Bahan utama yang digunakan dalam kelas masakan ini ialah coklat jenama Purato's. Coklatnya sedap dan manis. Tetapi manisnya tu bak kata orang manis-manis buah. 


Chef Ah Meng ialah tenaga pengajar yang menunjukkan demo pada hari itu. Orangnya peramah, lawak dan tidak kedekut ilmu. Amatlah mesra alam...Selain menunjukkan cara membuat kek dan biskut, beliau juga menunjukkan cara membuat coklat dengan menggunakan produk ini. Nampak mudah je buat coklat ni (bilalah nak cuba ye). Chef Ah Meng ni memang baik hati sebab sudi berkongsi ilmu dengan kami semua. Antara menu yang kami pelajari ialah Kek Lapis Surabaya, Almond London, Pineapple Praline dan Deli Choc. 

Di sini saya kongsikan aksi-aksi Chef Ah Meng.. gambar tu je yang sempat diambil sebelum bateri kong!





Friday, July 30, 2010

Blueberry Bread Pudding and Almond

Salam,

Resepi ni saya ambil dari AFC dari programme Fresh! - Anna Olson. Masa tu tengah mamai-mamai (mengantuk). Lepas tu, kadang-kadang saya ni perasan gak..kenapa?  Syok sendiri konon saya reka resepi macam tu..tetiba tengok kat blog orang atau AFC ..laaa sama gak macam saya buat...hehehehe.


Puding roti ni saya buat untuk Majlis Tahlil di rumah ibu saudara malam tadi. Saya gunakan blueberry filling. 

Bahan-bahan
10 keping roti - dipotong-potong
200g blueberry filling
3 cawan susu segar
1 cawan almond
1 tbsp gula perang
1 tsp cinnamon ground
secubit garam
1 biji telur yang dipukul

Untuk sos
1 tin susu sejat
1 tsp esen vanila
3 cawan gula putih


 Cara-cara
Rendam roti dengan susu segar selama 1 jam di dalam mangkuk adunan . 
Panaskan oven dengan suhu 150C. 
Sediakan periuk untuk memasak susu sejat yang dicampukan dengan gula dan esen vanila. Masak sehingga mendidih.


Sementara itu, griskan dulang pembakar dengan sedikit mentega.  Kemudian, di dalam mangkuk adunan, gaulkan roti yang telah direndam tadi dengan 1 biji telur yang sudah dipukul, susu sejat yang sudah dimasak, gula perang, cinnamon ground dan garam. Gaul hingga mesra.
Tuang adunan ke dulang pembakar. Sudukan blueberry ke dalam adunan secara rawak dan taburkan almond di atas adunan.


Untuk membakar puding, letakkan air di atas tray sebelum meletakkan dulang pembakar di dalam oven. Bakar dengan suhu 150C selama 50 minit. 
Hidangkan bersama sos susu sejat tadi.

Sumber: Anna Olson

Thursday, July 29, 2010

Duran-duran

Salam, 

Ingat kumpulan Duran-duran? Masa group ni fofular saya suka sangatlah dengar lagu-lagunya di radio. Masa Tu saya darjah satu kot. Sampai sekarang, kalau ada lagu baru dari Duran-duran saya akan dengar dan download. 


Eh..sebenarnya saya nak cerita pasal durian. Hari Selasa lepas, lepas balik kerja, suami ajak makan durian dengan kawan-kawan dia. Lebih kurang pesta durian le..Tempatnya di Jalan Plumbum, Seksyen 7, Shah Alam. Kat situ ada disediakan meja, kerusi, tisu, tempat buang biji dan air basuh tangan. Jadi, tak perlu susah-susah nak bawa durian balik rumah yang boleh menyebabkan kereta anda melekat dengan bau durian. Harga? Berpatutan...tak caya? Cubalah..

Wednesday, July 28, 2010

Cucur Udang Giga Bite Ala MacIntosh Lagi..

Salam,

Sebelum ni saya pernah cerita pasal cucur ni..tapi masa buat tu, kami masuk pertandingan memasak cucur. Versi kali ni saya buat sendiri. Tapi bentuknya yang mulat-mulat la.. sebab saya tak guna minyak yang banyak. Cucur ni, memang hidangan wajib di waktu petang. Selain senang dibuat..ianya berkhasiat. Kalau nak lagi berkhasiat gunalah minyak carnola. :D


Kenapa saya bagi nama macam ni. Idea ni datang time semua orang tengah mimpi. Malam tu saya dok pulun bauat persiapan grafik-grafik dan hiasan-hiasan untuk pertandingan ni. Disebabkan kerja-kerji saya melibatkan gigabyte dan macintosh, maka saya pun namakanlah cucur ni dengan nama tu. Dan, saya harap saya akan sentiasa ingat kenangan manis masuk pertandingan masak-masak ni sampai bila-bila. Ok Bahan-bahannya

Bahan-bahannya: 
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu yis
  • 300 gm udang basah
  • garam secukup rasa
  • daun kucai
  • bawang holland dipotong dadu
  • minyak

Cara-caranya:
Masukkan 2 cawan tepung,yis dan air
Gaulkan dan simpan dalam peti sejuk 2-3 jam
Bila adunan dah naik, campurkan lagi secawan atau 
ikutlah nak banyak mana pun tepung. Air pun macam tu gak..agak2 macam likat sangat tambah sikit je air..
Masukkan garam, daun kucai yang dah dipotong-potong
bawang..dan udang..
Gorengkan dengan minyak..

*Sedap dimakan dengan sos cili atau kuah kacang.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Monday, July 26, 2010

Ikan Bilis Bawang dan Kacang Tumis

Salam, 

Resepi kali ni memang sesuai untuk orang-orang bujang dan untuk sahur. Ringkas dan cepat. Lagi cepat kalu kita ada stok kacang tanah goreng kat rumah. Sebab ianya ringkas dan cepat, maka, suami saya pun bolehlah buat lauk ni terutamanya kalau saya agak bz..heheheh..kesian cik abang.  


Bahan-bahan
1 mangkuk ikan bilis
1 mangkuk kacang tanah goreng
1/2 biji bawang holland
3 biji bawang putih
5 biji cili api
2 biji cili merah
2 cubit garam
2 tbsp gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya
Goreng kacang tanah dah masak angkat dan toskan. Kemudian goreng pula ikan bilis hingga garing, angkat dan toskan. Selepas itu, kurangkan minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik baunya..masukkan pula cili api dan merah. Kemudian masukkan bilis dan kacang tanah. Bila dah agak layu, perasakan dengan garam dan gula. Siap untuk dimakan.
Sungguh senang!

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Victoria Sandwich

Salam, 

Morning! 朝! Morgen! Kenapa gambar tu hitam putih. Sebabnya nak sesuaikan dengan tema kali ini iaitu Classic Cakes. Saya nak ceritakan mengenai Opah saya. Beliau sekarang kat Ipoh. Opah kalau cakap campur dengan Bahasa Inggeris..kagum juga  saya. Lepas tu ingatan dia memang kuat. Kalau bercerita detail betul..kalah Cikgu Sejarah. Umur Opah lebih kurang 85 tahun, Alhamdulillah masih sihat.


Ermm ok..nak ceritanya yang saya suka sangat dengan masakan Opah selain Mak dan Nenek. Masing-masing ada kepakaran dan yang penting setiap resepi tu telah pun diwarisi oleh kami semua anak-beranak perempuan.

Air tangan Opah saya memang sedap. Contoh makanan kegemaran saya yang Opah masak ialah Rendang Tok, Pelbagai jenis masakan Gulai, Sambal Belacan, Biskut Dahlia, Biskut Kismis dan Kek Lapis Jem Strawberi. Satu lagi yang sedap sampai Mamak tak boleh lawan ialah Teh Tariknya..UMMPPHH!!! 

Lately ni barulah saya tahu yang kek saya dok makan setiap kali lebaran tu dinamakan Victoria Sandwich (yang saya namakan Kek Lapis Jem Strawberi). Macamana Opah boleh tahu resepi ni...ni mesti ada kaitan dengan Zaman Kolonial dulu..semasa British menjajah Tanah Melayu. Sebabnya, kek ni ialah all-time classic British Cake. Ianya diberi nama bersempena nama ratu yang memerintah Britain iaitu Queen Victoria. Keknya simple present tense ..Oklah resepi macam ni..

  
Bahan-bahan
170g mentega
140 gula kastor
3 biji telur
140g tepung naik sendiri

Untuk lapisan..
Jem Strawberi

Untuk Hiasan
Gula Icing yang diayak

* Jika anda gunakan 20cm springform round cake tins bolehlah bahagikan adunan kepada 2. Tapi saya guna 24cm jadi kalau nak buat 2 lapis kena doublekan adunan.

Cara-caranya
Panaskan oven dengan suhu 180C. Griskan 2 loyang 20cm (8in) dengan greaseproof paper.
Pukul mentega dengan gula kastor sehingga pucat dan fluffy (sebati). Kemudian pecahkan telur satu persatu dan pukul. Ayak tepung ke dalam adunan telur dan kacau adunan hingga sebati dan sekata. 

Tuangkan adunan ke dalam 2 loyang kek. Ratakan adunan menggunakan belakang sudu. Bakar selama 20-25 minit.
saya belah dua kek ni untuk jadikan 2 lapis..sbb malas nak bake 2 kali

Bila kek dah masak..letakkan di atas redai dan kupas greaseproof paper tu perlahan-lahan. Sebelum dihidang, ambil jem strawberi tadi dan sapukan diatas kek. Sapukan sama ada nak tebal-tebal atau nipis..ikut suka. Kemudian ambil sebiji lagi kek dan lapiskan di atas kek yang disapu jem strawberi. Hiaskan dengan taburan gula icing di atasnya.

  
Sumber: Opah Faradean Recipes dan 500 Cakes by Susannah Blake

Sunday, July 25, 2010

My Angel Hair Spaghetti Bolognese

Salam,
Saya rasa semua orang tahu macamana nak buat menu ni kan? Cuma caranya berbeza ikut citarasa masing-masing. Kalau omputeh buat senang je..buka tin spaghetti sauce terus masuk dalam periuk. Tapi saya punya spaghetti rasa orang melayu..maklumlah lidah melayu-jawa ni kalau tak pedas mesti nak manis. Selain tu, sayur mesti nak banyak..terutamanya batang seleri dan brokoli. Rasa nikmat betul makan sayur-sayur tu..Oklah cara saya macam ni..


Bahan-bahan
1/2 bungkus angel hair spaghetti
200g daging cincang
1 labu bawang holland (yang besarr punya) - didadu
1 mangkuk kecil brokoli
1 mangkuk kecil batang seleri
1 mangkuk kecil lobak parut
1 tin sos spaghetti perisa tomato, basil dan bawang putih*
4 sudu besar paste spaghetti perisa tradisional*
4 tbsp sos cili*
2 tbsp gula
1 tbsp garam
2 tbsp cili giling
4 dash oregano
3 dash thymes
2 dash ajinomoto
4 tbsp minyak zaitun
parsley flakes - untuk hiasan


Cara-caranya
Masukkan minyak zaitun dan biarkan panas sikit.
Kemudian, tumiskan bawang holland sehingga naik bau harumnya. Selepas itu, masukkan pula cili giling. Tumis hingga cili tu masak.Kemudian masukkan daging cincang dan goreng hingga airnya kering.
Selepas tu, masukkan brokoli, batang seleri, lobak. Gaul dan biarkan hingga sayur masak.
Bila dah masak, masukkan pula semua bahan-bahan *. Gaul rata dan biarkan mendidih.
Perasakan dengan gula, garam, oregano, thymes dan ajinomoto.


Untuk Spaghetti
Didihkan seperiuk air. Bila dan mendidih, masukkan spaghetti. Rebus hingga empuk. Test dengan campakkan seurat ke dinding dapur. Bila dah melekat maksudnya dah masak.
Kemudian, toskan air spaghetti dengan penapis. Alirkan dengan air sejuk. Kemudian, masukkan sedikit minyak zaitun ke spaghetti tu supaya tidak melekat.

Hidangkan bersama parsley flakes. Hidangan untuk 4 orang.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Saturday, July 24, 2010

My Camera

Salam,

Entri petang-petang ni saya buat khas untuk Kak Norli. Sebabnya beliau ada tanya mengenai kamera apa yang saya guna untuk blog saya ni. 
 
Mula-mula dulu, saya guna Olympus SP570UZ. Ini memang kamera sayalah. Lepas tu, suami saya beli pulak Canon 500D. Kemudian, tak lama lepas tu, dia beli pula Nikon D90. bagi saya, Nikon ni kalau teror guna memang boleh menghasilkan gambar yang cantik dan dramatik. Selain teknik yang betul...penggunaan lensa juga amat penting mengikut kesesuaian tema gambar yang nak kita ambil tu. 

Kerja-kerja saya kadangkala memerlukan kamera yang macam ni, contohnya kalau nak buat report makmal..peristiwa dan macam-macam lagi. Saya memang sangat suka dengan fotografi. Cuma rezeki untuk beli Nikon D3 masih samar-samar..heheh. "Cik Abang pinjam kamera ye..hehe"

Untuk blog ni, saya gunakan lens Nikkor 50mm f /1.8D. Sebab gambarnya akan lagi besar dan cantik. Tapi kalau untuk ambil gambar untuk blog makanan, seeloknya cari lens untuk makro..hehe nanti saya minta tolong suami belikan . : D Untuk maklumat lanjut mengenai kamera ni boleh rujuk disini.

Satu lagi saya gunakan i-Phone 3G. Saya memang suka gunakannya. Saya gunakannya sejak 2008. Masa tu baru 3G..sekarang dah 4G. Tapi kalau nak ambil gambar guna iphone perlu banyak cahaya baru nampak terang dan cantik. Sebab hanya 2.0 MP.


gambar diambil dari Google image

Teknik lain..kita perlukan image editor. Contohnya, Adobe Photoshop, Adobe Image Ready dan Picasa. Banyak lagi image editor..yang penting kita kena berani mengeksplore...

Kat sini saya sertakan contoh gambar-gambar yang diambil ,
ini guna Nikon D90

ini guna Nikon dengan Nikkor 50mm f/1.8D dah edit dgn Picasa

ini guna i-phone

ini pula Canon 500D


Emm..macam mana? Ok tak?

Sumber : Nikon, i-phone dan Faradean's Experienced

Lempeng Oat and Susu Kambing

Salam,

Morning..selamat pagi. Sarapan apa pagi ni?? Pagi ni saya cuba buat lempeng dengan susu kambing. Tapi jangan risau..baunya tak hamis. Kalau tak ..saya pun tak nak minum. sebelum tu saya cerita sikit tentang khasiat susu kambing.


Kenapa susu kambing ni baik dan berkhasiat. Kambing ni ialah haiwan peliharaan Rasullullah SAW. Susu kambing menjadi alternatif kepada mereka yang mempunyai alergi terhadap susu lembu. Itulah hikmahnya mengapa dalam riwayat-riwayat shahih tentang kehidupan Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabatnya kita temui kisah mereka minum susu kambing, dan bukan susu lembu!

 gambar ini diambil dari Google image : aqiqah4u.wordpress.com/

Mengikut kajian, kambing akan mati apabila ada unsur-unsur DNA babi dalam tubuhnya. Jadinya memang confirmlah susu kambing ni lebih baik dari susu lembu. Dan untuk mengetahui lebih lanjut tentang khasiat susu kambing boleh rujuk di web ni http://www.blogcatalog.com/blogs/kandungan-dan-khasiat-susu-kambing.html
Oh lupa ..macam mana lempeng ni dibuat,
Bahan-bahan 
2 cawan tepung gamdum
1 cawan air
1 cawan oat
1 paket susu kambing HI-Goat
2 cubit garam
Mentega - untuk menggoreng
Madu-untuk mencicah
 gambar ini diambil dari Google image : tipspetua.blogspot.com/

Cara-cara
Masukkan tepung gandum, susu kambing dan air. Gaul hingga sebati. Kemudian masukkan oat dan garam. Bila dah agak sebati, sudukan mentega ke dalam pan. Golek-golek biar mentega tu rata. Kemudian, Sendukkan adunan dan masukkan ke dalam pan. Ratakan supaya nipis. Balik-balikan dan siap untuk dihidang. 

Makan bersama madu kerana ianya kombinasi yang terbaeekk!

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Friday, July 23, 2010

Kerja..kerja..kerja..

Salam..

Penatnya hari ni..penat fizikal dan mental..sebab tu malam baru boleh tengok blog. Susah juga nak jadi blogger ni ye...Emm ..oklah. Apa yang penat sangat ye?? Mungkin sebab kerja dan saya tak berapa cukup stamina selepas sembuh dari demam. Sebab tak de benda nak share..saya tunjukkanlah salah satu kerja saya yang memerlukan kekuatan mental, mata, idea dan kesabaran.






Faradean's Experienced

Thursday, July 22, 2010

Puding Roti Pelangi

Salam, 

Pelangi, pelangi 
Alangkah indahnya..
Merah, putih, kuning.. 
Dilangit yang biru... 


Itu lagu Pelangi..tapi tak tahu sapa yang nyanyi..Eh lupa..saya dedikasikan lagu ni kepada Kak Hana Kamikaze..(opps silap) Hana Kanazawa kerana sudi berkongsi resepi Puding Roti Pelangi yang cantik dan indah! Saya buat puding ni untuk kenduri Ahad lepas. Sebab warnanya yang cantik..maka ramailah yang suka makan..Tapi moralnya..kalau puding tu bercorak..seeloknya potong dengan pisau yang tidak bergerigi. 


 Kak Hana yang budiman, iがここでレシピを共有しますように. Sudilah kiranya mengizinkan saya mengopipeskan resepi akak kat saya punya entri ni ye..Semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia di samping laling n anak2..Amin.


 Bahan-bahan
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • sepeket agar-agar
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = saya ikut kak hana guna cwn biasa 230ml.
  • pewarna merah,kuning dan hijau.  

 Cara-cara
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan baki air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  4. Bahagi kepada 3 bahagian. Masukkan warna pilihan dan kacau sebati. Saya ikut Kak Hana guna warna merah, kuning dan hijau.
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah-tengah loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. Tidak perlu  ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas warna hijau pula. Ulang semula langkah tadi dan buat hingga habis! Ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sebab puding@agar-agar mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnyanya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.

Sumber : Kak Hana Kanazawa - http://hanamemories.blogspot.com

Tuesday, July 20, 2010

Fried Cauliflower and Pok Choy with Garlic Bread Seasoning

Salam,

Mesti uoolls kata, balik-balik bunga kobis  dan pok choy kan..kan..kan..Sebabnya saya memang suka beli sayur yang tahan lamaaaaaa...Maklumlah masak ikut Dan kan..Sebab itulah sama je..heheh. Tapi..kalau uoollss nak tahu, rasanya lain-lain tau...Untuk resepi kali ini saya gunakan Garlic Bread Seasoning yang kebiasannya ditaburkan di atas garlic bread. Baunya sungguh sedap dan enak sekali..(dua ..tiga dan empat). Baiklah macam ni caranya..

  
Bahan-bahan
1 cawan bunga kobis
2 ikat pok choy
1 cawan cili gajah @ capsicum (merah, kuning dan hijau)
1 tsp lada hitam
1 tsp garlic bread seasoning
secubit garam
1/4 cawan air
minyak sayur/ mintak zaitun untuk menggoreng

Cara-caranya
Tumiskan hirisan cili gajah dalam 12 saat. Kemudian masukkan bunga kobis dan air. Kacau hingga sebati. Dan tutupkan dengan tutup periuk seketika supaya bunga kobis tu agak layu. Selepas 2 minit, kacau dan masukkan pok choy, garam, lada hitam dan garlic bread seasoning. Kacau selama 2 minit. Kemudian, angkat dan ready to eat!

Senang tak??!!

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Monday, July 19, 2010

Egg Tart

Salam, 

Selamat tengahari semua! Ok..apa-apa pun..kat sini saya nak mengucapkan terima kasih kepada En Mat Gebu kerana sudi berkongsi resepi dengan semua blogger masakan. Resepi Tart Telur @ Egg Tart ni saya rujuk di dalam blog beliau...cuma..cantiknya tu tak samalah macam En Mat Gebu tu buat..Insyaallah..lain kali saya cuba lagi. 


Asalnya, anak buah saya setempat kerja mengidam nak makan tart telur..sampai dia tolong cari resepi ni kat suratkhabar. Saya pun tak kisah, lagipun memang tak pernah buat pun pastri-pastri ni. Jadinya, saya pun pergilah merujuk mana-mana resepi yang ada. Alhamdulillah, walau rupa parasnya kureng..tapi rasanya tetap MANTOPP..hehehe..bak kata omputeh don't judge a book by its cover..Untuk resepi ni..saya jamin memang betul dan sedap..dan saya buat dapatlah 24 biji tart telur.


Terima kasih ye En Mat..walau tak kenal..tapi saya tahu yang En Mat ni pemurah orangnya..saya minta izin kongsikan resepinya disini ye... Terima Kasih...

Bahan-bahan:

Bahan untuk pastri manis :
200 g mentega
100 g gula aising
1/2 camca teh esen vanilla
1 biji telur gred A
420 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan gaul rata)


Bahan untuk kastard:
1 biji telur gred A*
2 kuning telur*
90 g susu cair*
90 ml air*
50 g gula halus*
1 camca teh esen vanilla*
Secubit garam*(*bahan kastard)



Sumber : Dapur Tanpa Sempadan - http://tiffinbiru.blogspot.com

Nasi Ambeng

"Bangun2.. datuk dah balik bawa berkat" kejut nenek. Kami pun bangunlah terkulat-kulat untuk basuh muka dan tangan. Kemudian duduk sekeliling dulang. Nenek pun bukalah berkat yang dibawa oleh datuk untuk dinikmati oleh kami, cucu-cucunya dan anak-anaknya. Sungguh nikmat makan bekat kenduri malam tu.. Syahdu betul bila teringat akan peristiwa semasa cuti sekolah dolu-dolu...


Itulah cebisan kisah saya masa kecil, cuti sekolah je balik kampung. Dapat jumpa Datuk, nenek, makcik dan pakcik sedara. Boleh naik beskal satu kampung, main masak-masak di kebun...petik kopi dan mandi dalam kolah (pastu yang kena kejar makcik la..aku tak kena sebab cucu kesayangan ..hehehe)....isshhh macam-macamlah aktiviti..

Ok, saya nak cerita mengenai satu hidangan istimewa masyarakat Jawa. Iaitu Nasi Ambeng. Nasi ni akan dihidang semasa kenduri arwah, menyambut Ramadhan, Maulud dan Aqiqah. Istimewanya ialah sedulang nasi tu disusun indah pelbagai jenis lauk-pauk dan sayur-mayur mengikut hierarki..kemudian ditutup dengan daun pisang. Sedulang nasi tu akan dibahagikan dengan 4 jemputan kenduri (kira untuk 4 keluarga). Kemudian jemputan akan membawa nasi yang telah dibahagikan kepada 4 bahagian atau dipanggil BERKAT balik rumah untuk dinikmati oleh seisi keluarga jemputan.

Bentuk nasi ambeng ni koyo ngene..



Inilah ghupanya nasi ambeng
 
Saya sangat suka makan nasi ambeng original ni...kalau dulu kenduri akan diadakan selepas waktu Isyak, tapi sekarang kebanyakkannya kenduri diadakan selepas Zohor atau Asar. Yelah, dah anak-anaknya bekerja esok harinya kan...dulu bolehlah ..yang nak tolong ramai, sekarang...ramai yang dah tak de.. :P.

Selain itu, itu diberi pula kepada jiran tetangga  dinamakan bungkusan. Antara lauk-pauk yang ada ialah Ayam Masak Merah, Sambal Goreng, Tumisan dan Rawon.
 
 Tumisan (gambar x clear sbb guna sayaphone)

Ayam Masak Merah

Pulut Kuning

Puding Pelangi (ceritanya akan datang..thanks Kak Hana share resepi ni)

Bungkusan untuk mereka yang membantu, jiran tetangga, anak-beranak dan saudara-mara terdekat.

Sumber: Faradean's Experienced
Related Posts with Thumbnails