Advertisement

Sunday, July 25, 2010

My Angel Hair Spaghetti Bolognese

Salam,
Saya rasa semua orang tahu macamana nak buat menu ni kan? Cuma caranya berbeza ikut citarasa masing-masing. Kalau omputeh buat senang je..buka tin spaghetti sauce terus masuk dalam periuk. Tapi saya punya spaghetti rasa orang melayu..maklumlah lidah melayu-jawa ni kalau tak pedas mesti nak manis. Selain tu, sayur mesti nak banyak..terutamanya batang seleri dan brokoli. Rasa nikmat betul makan sayur-sayur tu..Oklah cara saya macam ni..


Bahan-bahan
1/2 bungkus angel hair spaghetti
200g daging cincang
1 labu bawang holland (yang besarr punya) - didadu
1 mangkuk kecil brokoli
1 mangkuk kecil batang seleri
1 mangkuk kecil lobak parut
1 tin sos spaghetti perisa tomato, basil dan bawang putih*
4 sudu besar paste spaghetti perisa tradisional*
4 tbsp sos cili*
2 tbsp gula
1 tbsp garam
2 tbsp cili giling
4 dash oregano
3 dash thymes
2 dash ajinomoto
4 tbsp minyak zaitun
parsley flakes - untuk hiasan


Cara-caranya
Masukkan minyak zaitun dan biarkan panas sikit.
Kemudian, tumiskan bawang holland sehingga naik bau harumnya. Selepas itu, masukkan pula cili giling. Tumis hingga cili tu masak.Kemudian masukkan daging cincang dan goreng hingga airnya kering.
Selepas tu, masukkan brokoli, batang seleri, lobak. Gaul dan biarkan hingga sayur masak.
Bila dah masak, masukkan pula semua bahan-bahan *. Gaul rata dan biarkan mendidih.
Perasakan dengan gula, garam, oregano, thymes dan ajinomoto.


Untuk Spaghetti
Didihkan seperiuk air. Bila dan mendidih, masukkan spaghetti. Rebus hingga empuk. Test dengan campakkan seurat ke dinding dapur. Bila dah melekat maksudnya dah masak.
Kemudian, toskan air spaghetti dengan penapis. Alirkan dengan air sejuk. Kemudian, masukkan sedikit minyak zaitun ke spaghetti tu supaya tidak melekat.

Hidangkan bersama parsley flakes. Hidangan untuk 4 orang.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

2 comments:

Related Posts with Thumbnails