Advertisement

Friday, July 30, 2010

Blueberry Bread Pudding and Almond

Salam,

Resepi ni saya ambil dari AFC dari programme Fresh! - Anna Olson. Masa tu tengah mamai-mamai (mengantuk). Lepas tu, kadang-kadang saya ni perasan gak..kenapa?  Syok sendiri konon saya reka resepi macam tu..tetiba tengok kat blog orang atau AFC ..laaa sama gak macam saya buat...hehehehe.


Puding roti ni saya buat untuk Majlis Tahlil di rumah ibu saudara malam tadi. Saya gunakan blueberry filling. 

Bahan-bahan
10 keping roti - dipotong-potong
200g blueberry filling
3 cawan susu segar
1 cawan almond
1 tbsp gula perang
1 tsp cinnamon ground
secubit garam
1 biji telur yang dipukul

Untuk sos
1 tin susu sejat
1 tsp esen vanila
3 cawan gula putih


 Cara-cara
Rendam roti dengan susu segar selama 1 jam di dalam mangkuk adunan . 
Panaskan oven dengan suhu 150C. 
Sediakan periuk untuk memasak susu sejat yang dicampukan dengan gula dan esen vanila. Masak sehingga mendidih.


Sementara itu, griskan dulang pembakar dengan sedikit mentega.  Kemudian, di dalam mangkuk adunan, gaulkan roti yang telah direndam tadi dengan 1 biji telur yang sudah dipukul, susu sejat yang sudah dimasak, gula perang, cinnamon ground dan garam. Gaul hingga mesra.
Tuang adunan ke dulang pembakar. Sudukan blueberry ke dalam adunan secara rawak dan taburkan almond di atas adunan.


Untuk membakar puding, letakkan air di atas tray sebelum meletakkan dulang pembakar di dalam oven. Bakar dengan suhu 150C selama 50 minit. 
Hidangkan bersama sos susu sejat tadi.

Sumber: Anna Olson

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails