Grilled Woscestershire Dory

Salam,

Aikk...ikan dori lagi?? Itulah sebab tak pi pasar? Yang ada cuma ikan dori je la..Resepi kali ni ialah Grilled Dory with Woscestershire Sauce. Ikan dori ini memang berkhasiat dan mudah didapati di hypermarket. Antara khasiatnya ialah ikan dori merupakan sumber protein yang tinggi dan kurang lemak serta kolesterol. Ianya juga mempunyai kandungan Selenium dan Iodin dan Omega 3.



Bahan-bahan
  • 2 keping ikan dori
  • 4 tbsp LP Sauce
  • 4 tbsp sos tiram
  • 2 tsp garam
  • 1 tsp gula
  • 2 tbsp Thymes
  • 2 tbsp Basil
  • 2 tbsp Rosemary
  • 2 tbsp Oregano
  • 2 tbsp lada hitam
  • 3 tbsp minyak zaitun


Cara-caranya
Campurkan semua bahan di atas dan perapkan dengan ikan selama 1-2 jam. Sediakan grill pan dan panaskan. Kemudian, titiskan minyak zaitun. Selepas itu, bila sudah panas..letakkan ikan dori yang diperap di atas pan. Balik-balikkan sehingga masak. Bila lemak ikan tu dah agak kering..angkat dan hidangkan. Taburkan daun parsley sebagai hiasan.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Comments

Popular Posts