Advertisement

Saturday, July 3, 2010

Thyme Oyster Mushroom Soup

Salam, 

Suka makan sup? Saya suka sangat kalau time hujan, time demam dan time malas..hehe.. Sup ni macam biasa cuma saya bubuh sejenis herba yang dipanggil Thymes. Apa khasiatnya? Menurut whfoods.com, thyme ni sejenis herba berbau wangi berwarna hijau dan kelabu. Thyme amat popular di dalam masakan Perancis di mana ia selalu dimasukkan di dalam stok, stew dan sup.

 

Selain itu, khasiat thyme di dalam bidang perubatan pula, ianya boleh digunakan untuk merawat sistem pernafasan, batuk, bronkitis dan sesak nafas. Selain itu ianya merupakan anti-oksida..sesiapa nak muda jelita, makanlah banyak-banyak herba yang anti-oksida..heheh..Dipercayai sejenis minyak 'thymol' boleh meningkatkan sel membran dan struktur sel. Kadar DHA (seperti omega-3) juga tinggi iaitu sangat berkhasiat untuk otak, buah pinggang dan awet muda.

Jadi, apa kata kita gunakanlah thyme sebagai salah satu bahan perasa dalam masakan kita..yang penting untuk jadi MUDA..selamanya..

Bahan-bahan
  • Sepeket rempah sup
  • 200g cendawan tiram
  • 100g batang seleri
  • 100g lobak
  • 50g daun sup dicincang
  • 1 biji bawang holland
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji tomato
  • 4 biji cili padi
  • 2 dash thyme
  • 2 tsp garam  

gambar ini diambil dari www.sfakia-crete.com

Cara-caranya
Rebus rempah sup, bawang holland, bawang putih, cili padi. Bila sudah mendidih masukkan lobak..biarkan seketika.
Masukkan pula cendawan tiram,, batang seleri yang dipotong-potong, tomato, daun sup. Bila dah mendidih masukkan garam, thyme dan kacau.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails