Advertisement

Saturday, July 17, 2010

Kembang Semangkuk

Salam,

Sudah lewat petang..baru saya boleh update blog ni. Sebab, ikut jadual, Sabtu pagi husband yang guna dulu :D.
Selain tu, masalah lain lain ialah..saya tak sihat..semalam MC lagi..HUAHUA! Sedih juga..tapi nak buat macamana ..orak kelarr (tak larat). Doktor kata "dia ni kurang vitamin C"..menatang hapa Vitamin C tu??". Macam cerita P. Ramlee pulak. Maksudnya..sejak dari zaman tu lagi dah tahu betapa pentingnya vitamin C kan..mungkin juga..saya dah lama tak ambil supplement Vitamin C...pastu bila dah macam ni barulah terhegeh-hegeh ambil...


Entri kali ni ada kaitan dengan keadaan saya kelmarin. Tekak rasa sangat sakit dan bengkak..sebab nak selsema. Selalunya, bila dah jadi macam ni saya akan buat air kembang semangkuk.  Bila dah minum, alhamdulillah..kurang sikit. Kembang semangkuk ini asalnya hanyalah biji. Tapi Bila direndam, ianya akan kembang dan mengeluarkan sejenis bahan yang dipercayai dapat menyembuhkan sakit tekak dan demam.

Bahan-bahan
100g biji barli
5 biji kembang semangkuk
10 biji gula batu
2 helai daun pandan

Cara-cara
Rebus barli dengan air dengan kuantiti 3/4 periuk. Rebus bersama-sama gula batu dan daun pandan. Masukkan 5 biji gula batu. Bila airnya surut menjadi suku, tambah lagi jadikan hingga separuh periuk dan tambahkan lagi gula batu. Sambil rebus, rendam kembang semangkuk dimangkuk lain. Biarlah hingga kembang. Rebuslah  bali tu sekurang-kurangnya sejam. Lagi lama, lagi lembut. Kemudian tutup api dan kalau nak minum, senduk barli ke dalam cawan atau gelas bersama-sama kembang semangkuk yang dah kembang..minum..baca bismillah dan selawat..Insyaallah dapat mengurangkan sakit tekak tu..


Sumber: Faradean's Cooking Recipes

1 comment:

  1. salam,
    boleh tahu mana beli buah semangkuk tu ye. sy duk shah alam. tq

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails