Three Layer Tea
Salam,
Entry kali ni nak berkongsi tentang minuman kegemaran saya iaitu Three Layer Tea, Teh C Special atau Kuching Layer Tea..sebab apa saya suka sangat air ni ialah kerana ada gula apong dan rasanya yang manis..SEDAPP sangat..nak buat sendiri...emmm macamana nak cari gula tu ye? Apa yang saya tahu, teh ni guna teh yang direbus, susu sejat dan gula apong. Gula apong ni banyaknya terdapat di Sarawak.. masa p sana, keje saya asyik order teh ni la...maklumlah rasanya lebih authentic.
Gula apong ni diperbuat daripada air nira pokok nipah .Airnya diambil dan dimasak dalam kawah yang dan dimasak secara perlahan-lahan dengan menggunakan kayu api selama lapan jam. Air nira ini akan menjadi kehitaman dan pekat setelah di masak selama 8 jam dan terbentuklah gula apong ini. (Sumber :http://www.teknologimakanan.com)
gambar ini diambil dr google images-mudah.my
Emm perasaan bila minum air ni..Tak tahu la..tapi bila minum tu rasa NIKMAATTT sangat. harganya..tengok kedai, ada yang RM3.50, ada yang RM5.50... Cubalah rasa...Kalau di Shah Alam, saya suka minum di Uncle K SACC Mall, JM Bariani dan My Chicken Rice Shop. Dari segi harga, kat JM Bariani memang berpatutan. Jangan lupa cuba di tempat yang dinyatakan tadi ye!
kaedah mengacau minuman (dan minuman org )-(tu air aku tu!)
sedia untuk diminum..
Comments
Post a Comment