Advertisement

Monday, July 5, 2010

Dory de Woscestershire

Salam, 

Ini adalah kesinambungan dari resepi ikan dori. Resepi kali ini saya menggunakan ala-ala Worcestershire sauce. Kalau kita perapkan sos ni dengan ikan, daging atau ayam, bakar..baunya amatlah sedap. tapi Sos ni masin sikit. jadi berhati-hatilah sikit..


Sos Worcestershire ni memang digunakan untuk perap-memerap...selain sos ni, kita boleh gunakan sos seasoning maggi yang rasanya pun lebih kurang sama.

Bahan-bahan
  • 2 keping ikan dori dipotong empat segi
  • 1 cawan hirisan cili gajah (capsicum) hijau, merah dan kuning (bila colorful nampak cantik skit)
  • 1/2 biji bawang holland
  • 2 biji bawang putih
  • 5 biji cili padi
  • 1 batang daun kari
  • 1 tsp lada hitam
  • 1 tsp garam
  • 2 tsp gula
  • 4 sudu sos Lea& Perrins atau seasoning maggi
  • 2 sudu sos tiram
  • Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Perap ikan dori dengan sos seasoning dan sos tiram selama setengah jam.
Kemudian, goreng ikan yang telah diperap tadi (deep fry). Bila dah agak garing, angkat dan toskan.
Gunakan 5 sudu minyak menggoreng tadi untuk menumis bawang-bawang, capsicum, cili padi dan daun kari.
Bila dah naik baunya, masukkan ikan, lada hitam, garam dan gula. Gaul biar sekata. Kemudian angkat dan bolehlah dihidang.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails