Advertisement

Thursday, July 15, 2010

Sotong Khaattok Segha

Salam,

Mesti anda tertanya-tanya..apalah nama menu ni kan? Mari saya terangkan...ianya ialah Sotong Ketuk Serai. Ini resepi kegemaran suami saya. Kalau ada sotong, dia akan masak sendiri menu ni. Sungguh ringkas dan tak perlu banyak bahan..


Bahan-bahan
5 ekor sotong (dicuci tanpa buang kulit luarnya-suami saya tak bagi buang, sedap katanya)
1 batang serai diketuk/ dititik
2 ulas bawang putih diketuk/ dititik
1 tbsp gula
1 tsp garam
2 cawan air

Cara-caranya
Bersihkan sotong dan cucikan bersih-bersih. Kalau suami saya dia tak bagi buang kulit luar tu, sebab ia akan memaniskan menu. 
Kemudian, masukkan air, serai dan bawang putih ke dalam periuk. Selepas itu, biarkan mendidih. 
Masukkan sotong, garam dan gula. Bila sudah empuk, tutup api dan boleh dihidang. Selamat mencuba!


Sumber: Faradean's Cooking Recipes

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails