PJ Cafe

Salam..

Kalau anda nak makan western food dengan harga yang berpatutan dan tempat yang agak santai..apa kata pergilah JJCM di PJ Cafe...PJ is stand for Padang Jawa..(I think so)... sebab..ianya terletak di Padang Jawa dulu Klang sekarang dah masuk dalam kawasan Shah Alam. Ianya terletak selepas jambatan menuju PJawa kemudian ada lorong masuk kiri. Cafe ini ditepi rumah orang. 



Untuk makluman..cafe ini diusahakan oleh Cikgu Foad dan keluarga. Nama penuh tak tahu..beliau merupakan rakan sekerja mak saya dan caterer saya masa saya kahwin dolu-dolu. Makanannya memang sedap selain dari harganya yang berpatutan. Kat sini, selain western cuisine ada juga Thai Cuisine dan masakan Melayu. Menu istimewa pula ikut hari..contohnya Jumaat ada nasi Briyani, Sabtu ada Nasi Lemak Sotong...
Antara yang Terbaeekkk punya ialah Grilled Chicken, Fish and Chips, Mee Goreng Mamak dan macam-macam lagilah..Kafe ini dibuka setiap hari dari pukul 4.00 petang hingga malam. Jadi kat sini saya sertakanlah gambar-gambar untuk tatapan anda...(kureng sharp sebab guna sayaphone)


tudung awning putih tu omak den..

ini fish n chips

ini grilled chicken
ini seafood combo


ini pula Signature Dish PJ Cafe Steak 
Terima kasih daun keladi kepada Buffday Gal..adindaku Cik Ida kerana belanja makan malam tu..ehheh..

Sumber: Faradean's Experienced

Comments

  1. dah lma tak pekena western..ayyaakk... nak jugak

    ReplyDelete
  2. heeh..taste dia sedap n yg penting murah..7 western food+drinks dalam RM90 je..klau kat 5 star maunya berhatuss-hatuss

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts