Advertisement

Tuesday, July 6, 2010

Mari Kita Makan-Makan - Siri seterusnya..

Salam, 

Sup orang utara ni memang lain sikitkan? selain tak berminyak rasanya pula enak. Kalau saya balik kampung iaitu rumah mak saya yang 7 laung dari rumah saya tu..atau saja lalulah kat area-area rumah mak kat Seksyen 18 Shah Alam dan malas nak mengasapkan dapur, saya akan singgah makan di sini.



Nama restoran ni Sup Utara Power. Ia terletak di hadapan asrama putera PPP UiTM Seksyen 18 Shah Alam, Giant dan Tabung Haji Seksyen 18. Menu utamanya sup-suplah..yang lain-lain yang saya confirm sedap ialah pelbagai jenis SUP, Nasi Ayam Berempah dan Nasi Lemak. Airnya pun sedappp..harga?? Memamg berpatutan...oleh itu kalau jalan-jalan di Seksyen 18 Shah Alam, singgahlah makan di sini.


ini sup daging..hati-hati sambal cili merah tu memang power pedasssssnya!

ini dalam restoran tu..

Sumber : Faradean's Experienced

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails