Advertisement

Saturday, July 10, 2010

Orange, Almond and Basil Seed Muffins

Salam,

Entri kali ini ialah muffins tapi tak berapa gebu gebas..sebabnya saya nak buatkan jadi 2 dozen. Disebabkan Deetha tanya pasal Poppy Seed tu, sebenarnya tu bukan Poppy Seed atau Kas-kas. Saya guna selasih..sebab tak nak ubah resepi asal yang saya ambik jadinya saya kekalkanlah namanya. Dan tak tahu selasih tu dalam bahasa Inggerisnya apa. Oleh itu, saya terpaksalah tukar nama resepi ni takut disalah anggap. Cuma bila basuh selasih tu jangan lama sangat takut kembang.
Kalau nak cari kas-kas (poppy seed) orang kata kat kedai mamak..sebab, mamak akan gunakan kas-kas ni untuk nasi kandar.. Dan maaflah patutnya saya kod kan kat situ yang saya gunakan selasih..(Maaf ya- budak baru belajar..ada je yang tertinggal)

Untuk muffin ni rasanya masam-masam sikit sebab saya letak orange pickled di dalamnya dan selasih seed. Sedap kalau makan panas-panas..


Bahan-bahan
  • 2 cawan tepung pelbagai guna (diayak)
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1 tbsp baking powder
  • 1/2 tsp garam
  • 1 cawan susu segar
  • 1 tsp esen vanila
  • 3 biji telur
  • 155ml minyak sayuran
  • orange pickles
  • 1/2 cawan biji selasih (resepi asal poppy seed sbb x jumpa)
  • 1/2 cawan hirisan almond

Cara-cara
Panaskan oven dengan suhu 200'C selama 10 minit.
Ayak tepung dan campukan bersama gula perang, baking powder, garam, susu segar dan esen vanila. Gaulkan hingga sebati.


Pukul telur dan campurkan dengan bahan campuran tepung. Masukkan minyak. Gaul lagi. Kemudian masukkan orange pickled, selasih dan almond. Gaul lagi. Bila dah ok, sudukan 3/4..tapi saya buat 1/2 je..heheh..tu kurang gebuss..Bakar selama 20 minit .


Sumber: iFood.tv dan diubahsuai oleh Faradean's Cooking Recipes.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails