'Horn' Banana Fritters :D

Salam,

Horn! Horn! Heheheh..Saje je nama menu tu..biar glamour sikit..sebenarnya Pisang Tanduk Goreng je.. Anda suka pisang tanduk. Saya suka! Heehhe..tapi menu yang saya tahu hanya sesuai untuk digoreng je la. Ok, macam orang lain juga..mesti tahu kan macamana nak goreng pisang ni..Jadi, meh saya kongsikan cara saya...

 
Bahan-bahan
2 biji pisang tanduk (hiris serong-serong)
2 cawan tepung gandum*
1/2 cawan air suam (sila tambah mengikut keadaan tepung)*
secubit serbuk kunyit*
1 tsp garam*
1 tsp gula*
minyak untuk menggoreng


Cara-caranya
Masukkan semua bahan * dan gaul hingga sebati. Kupas kulit pisang dan potong serong-serong. Jengurkan (masukkan) pisang ke dalam adunan tepung tadi sehingga semuanya tersalut dengan tepung.
Panaskan minyak dan goreng pisang hingga garing. Sesuai di makan bersama-sama sambal cili kicap, gula atau madu di waktu petang dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa...

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Comments

Popular Posts