Ikan Dori Bersalut Parsley dan Lada Hitam

Salam,

Akhirnya dapat juga tepung ala-ala KFC (kalau tak silap namanya Kelantan Fried Chiklein). - ejaan dia memang macam tu..yang saya order sekian lama. Tepung ni asalnya kawan saya yang jual sepeket-peket. Tapi akhir-akhirnya dia beli dalam bentuk pukal dan peketkan sendiri. Bau dia harum dan menyengat sikit kat hidung. Mungkin banyak sangat herba-herba dalam tepung ni. Rasanya sangat sedap dan memang sesuai disalut dengan ayam, udang, fillet ikan dan cendawan. Resepi boleh diubahsuai mengikut kreativiti masing-masing.

Bahan-bahan
  • 2 keping ikan dori
  • 2 cawan tepung ala-ala KFC
  • 1-2 biji telur
  • 2 sudu daun parsley flakes
  • 2 sudu serbuk lada hitam

Cara-cara
Basuh ikan bersih-bersih dan toskan betul-betul
Potongkan ikut suka
Gaul tepung bersama-sama dengan parsley flakes dan lada hitam.
Pukul telur seperti biasa.
Celupkan ikan dengan tepung kemudian celup dengan telur. Selepas itu, masukkan semula ke dalam tepung dan salut ikan tadi. 
Panaskan api dan goreng di dalam minyak (deep fry).
Toskan minyak dan hidangkan bersama sos cili atau pencicah kesukaan.

Sumber : Faradean's Cooking Recipes

Comments

Popular Posts