Sambal Hijau Nenek
Salam,
Arwah nenek saya suka sangat buat sambal ni...dan ianya multi-purppose..heheeh. Kalau satu hari tak buat sambal ni macam tak sah je. Sambal ni sedap sangat dimakan dengan nasi putih, ikan goreng, keladi goreng dan ubi kayu goreng panas-panas...SEDAPPNYA!!!
Oleh kerana ianya sambal rasmi, maka saya dan seluruh ahli keluarga (mak, makcik-makcik dan adik-adik) tahu cara nak membuatnya. Sambal ini boleh juga digunakan untuk membuat nasi goreng.
Bahan-bahan
segenggam biji cili padi (lombok rawit)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 genggam ikan bilis
1 tsp garam kasar
2 tsp gula
1 dash Ajinomoto
Minyak
Cara-cara
Tumbuk cili, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, garam kasar hingga lumat. (Gunakan lesung batu). Kemudian panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang sudah lumat ke dalam kuali. Tumis hingga bau harum. Tambahkan gula dan ajinomoto. Bila dah agak sebati dan rasanya OK, angkat dan bolehlah dihidang.
Sumber: Faradean's Cooking Recipes
Comments
Post a Comment