Advertisement

Monday, July 26, 2010

Victoria Sandwich

Salam, 

Morning! 朝! Morgen! Kenapa gambar tu hitam putih. Sebabnya nak sesuaikan dengan tema kali ini iaitu Classic Cakes. Saya nak ceritakan mengenai Opah saya. Beliau sekarang kat Ipoh. Opah kalau cakap campur dengan Bahasa Inggeris..kagum juga  saya. Lepas tu ingatan dia memang kuat. Kalau bercerita detail betul..kalah Cikgu Sejarah. Umur Opah lebih kurang 85 tahun, Alhamdulillah masih sihat.


Ermm ok..nak ceritanya yang saya suka sangat dengan masakan Opah selain Mak dan Nenek. Masing-masing ada kepakaran dan yang penting setiap resepi tu telah pun diwarisi oleh kami semua anak-beranak perempuan.

Air tangan Opah saya memang sedap. Contoh makanan kegemaran saya yang Opah masak ialah Rendang Tok, Pelbagai jenis masakan Gulai, Sambal Belacan, Biskut Dahlia, Biskut Kismis dan Kek Lapis Jem Strawberi. Satu lagi yang sedap sampai Mamak tak boleh lawan ialah Teh Tariknya..UMMPPHH!!! 

Lately ni barulah saya tahu yang kek saya dok makan setiap kali lebaran tu dinamakan Victoria Sandwich (yang saya namakan Kek Lapis Jem Strawberi). Macamana Opah boleh tahu resepi ni...ni mesti ada kaitan dengan Zaman Kolonial dulu..semasa British menjajah Tanah Melayu. Sebabnya, kek ni ialah all-time classic British Cake. Ianya diberi nama bersempena nama ratu yang memerintah Britain iaitu Queen Victoria. Keknya simple present tense ..Oklah resepi macam ni..

  
Bahan-bahan
170g mentega
140 gula kastor
3 biji telur
140g tepung naik sendiri

Untuk lapisan..
Jem Strawberi

Untuk Hiasan
Gula Icing yang diayak

* Jika anda gunakan 20cm springform round cake tins bolehlah bahagikan adunan kepada 2. Tapi saya guna 24cm jadi kalau nak buat 2 lapis kena doublekan adunan.

Cara-caranya
Panaskan oven dengan suhu 180C. Griskan 2 loyang 20cm (8in) dengan greaseproof paper.
Pukul mentega dengan gula kastor sehingga pucat dan fluffy (sebati). Kemudian pecahkan telur satu persatu dan pukul. Ayak tepung ke dalam adunan telur dan kacau adunan hingga sebati dan sekata. 

Tuangkan adunan ke dalam 2 loyang kek. Ratakan adunan menggunakan belakang sudu. Bakar selama 20-25 minit.
saya belah dua kek ni untuk jadikan 2 lapis..sbb malas nak bake 2 kali

Bila kek dah masak..letakkan di atas redai dan kupas greaseproof paper tu perlahan-lahan. Sebelum dihidang, ambil jem strawberi tadi dan sapukan diatas kek. Sapukan sama ada nak tebal-tebal atau nipis..ikut suka. Kemudian ambil sebiji lagi kek dan lapiskan di atas kek yang disapu jem strawberi. Hiaskan dengan taburan gula icing di atasnya.

  
Sumber: Opah Faradean Recipes dan 500 Cakes by Susannah Blake

2 comments:

  1. yes..and its simply delicious. I've tried several times and it is one of our family's favourite cake.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails