Pelaling Lemak Cili Api

Salam,

Suka masak lemak? Orang nogori mesti lagi hebat masak menu ni. Menu saya ni sesuai untuk orang bujang dan orang yang suka ekspress. Cara memasak mungkin berlainan. Iyalah, dapur kita pun tak sama kan...Di sini saya menggunakan ikan kembung pelaling sebab saiznya yang agak kecil berbanding ikan kembung biasa. Jadi saya kongsikan cara saya memasak menu ini.

 

Bahan-bahan
1/2 biji santan kelapa
5 ekor ikan kembung pelaling
10 biji cili padi saiz S (kalau nak berapi tambah ikut suka)
1 inci kunyit hidup
4 batang serai
5 keping daun limau purut
2 keping asam keping
1-2 tsp garam kasar
1 tsp gula

Cara-caranya
Basuh ikan bersih-bersih
Tumbuk cili dan kunyit hingga lumat. Kemudian ketuk/titikkan serai.Selepas itu, masukkan santan dalam periuk bersama-sama dengan cili, kunyit dan serai tadi. jerang dan kacau hingga mendidih. Bila sudah mendidih kacau jangan sampai pecah santan tu...masukkan ikan dengan sopan dan santun. Kacau sikit-sikit takut ikan tu hancur. Bila agak masak, masukkan garam, gula, asam keping dan daun limau purut. Selepas 2 minit dan agak-agak sudah sebati dan sekata barulah boleh dihidang. Untuk lebih KAWW bolehlah tambahkan tomato, cili besar hijau ke dalam masakan anda.

Sumber: Faradean's Cooking Recipes

Comments

Post a Comment

Popular Posts